kengkawan

Sunday, January 16, 2011

iNi cerpeN yg sayer karang!


Mencintai pada yang tidak mencintai,menyayangi pada yang tidak menyayangi,menyukai pada yang tidak menyukai,memendam perasaan pada yang tidak mungkin dimiliki.Aku sering terluka dan tertipu dengan perasaan sendiri.
Cinta itu fitrah.walau akal aku cuba nafikan yang aku menyukai insan bernama lelaki,namun hati kecil tetap memberontak mengatakan yang aku telah menyukai seseorang dalam diam.Namun,aku hanya mampu mengintai dari jauh,memandang bila tidak dipandang,memahami bila tidak difahami.benar kata orang,cinta itu sulit.Terlalu sukar untuk diungkapkan lagi-lagi apabila insan yang disukai sebenarnya mempunyai insan lain yang bertakhta di hatinya.Mungkin kerana kekurangan dan ketidaksempurnaan diri membuat aku semakin kurang yakin dengan diri yang aku akan mencintai dan dicintai.
Ku berteleku di sepertiga malam,mencari jawab pasti tentang rasa hati,akhirnya aku dapati bahawa aku ini sebenarnya tamak.Mengidam pada yang tidak mungkin memenuhi,mengharap pada yang tidak pasti akan memberi,meminta pada yang tidak pasti akan membalas.Ya Allah,jahilnya aku apabila buta dengan mencintai insan lain sedangkan Kau lagi mencintaiku,mengintai insan lain sedangkan Kau tidak pernah lari dari menjagaku.Mungkin kerana terlalu mengikut kata hati tanpa bersandarkan kemantapan iman dan ketinggian akal,aku telah mencintai yang bukan hakku.
Terlintas difikiranku tentang kata-kata seorang teman kepadaku.”jika menyukai insan yang bernama lelaki,cubalah memendamkan perasaan itu sehingga tiada siapa dapat menangkap rasa hati itu,kerna mencintai dalam diam adalah lebih baik daripada mencintai dengan diketahui tetapi mempunyai hubungan yang tidak benar.Wanita itu terlalu lembut untuk dilukai dengan cinta,jika benar sekalipun tiada cinta untuk dirimu,jangan kau terlalu bersedih,yakinlah dengan cinta Allah,maka Dia akan memberi cinta yang lebih pasti.Cukuplah cinta Allah yang ada untuk dirimu,bersyukurlah selagi ada cinta dariNya”.Ya!!Benar katanya,usia yang terlalu muda,dikelilingi teman yang sudah mempunyai pasangan masing-masing membuat aku cemburu atau mungkin perasaan ingin memiliki dan dimiliki,mencintai dan dicintai tanpa aku mengerti apa sebenarnya yang aku inginkan.
Akhirnya aku puas dengan keputusan yang aku buat,biar aku terluka dengan tingkah lakunya,kadang-kadang terguris dengan kata-katanya,namun akan kukuatkan rasa hati,ku tabahkan perasaanku,ku kentalkan minda,biar perasaan menyukai itu ku pendamkan sendiri.Sekiranya jodoh itu milikku,ku yakin dengan kekuasaanNya bahawa aku tetap akan bahagia bersama insan yang akan aku cintai,insan yang akan menyintai aku selepas Pencipta,insan yang akan menjadi imamku,insan yang akan menyempurnakan ketidaksempurnaanku,dan insan itu yang akan bergelar suamiku.
Barakallah..Jodohkan aku dengan insan yang Kau redhai.

3 comments:

  1. Chantek!

    Teringat sewaktu di sekolah menengah dulu I curik-curik baca karangan sorang classmate pompuan yang terkenal dengan bakat penulisannya. Citer sedih. Boleh bergenang air mata ini siot!

    ReplyDelete
  2. tQ~
    huhu..kan..mngkn sbb pmpuan berhati lembut + sensitif,so,dowg lebih menjiwai jalan sesebuah crita..or mngkn pnh jd kat diri sdr..huhu

    ReplyDelete
  3. saya jgk pnh mgalmi prasan itu..sya memahami apa yg awk rasa..tp adasorg shbt yg tlah bt sya sedar dri trus-terusan mgikut prsaan tu..Alhmdullilah,akhirnya saya mmpu hrung..kpda awk,kuatkn smngt..ykin ada kbhgian yg dcptakn utk kita..sabar,itulh knci segalanya--

    ReplyDelete

mekaceh komen comel =)