kengkawan

Sunday, April 24, 2011

menyayangimu dalam mencintaiNya

Ya,aku mencintai tuhanku,aku memohon titah Allah rabbil alamin,ku mendambakan tarbiyahrabbul izzati,ku kesali perbuatana ku sebelum ini yang menggambarkan kejahilanku.Namun,atas nama fitrah manusia juga aku mencintainya. Mencintai manusia,mendambakan kasihnya, memohon kasih sayangnya,akhirnya dengan perasaan itu,aku mula melatah,aku mula sombong dengan sang pencipta,aku mula jauh dari yang Mencintai ku lebih dari segalanya.Ya Rabbiii,jahilnya aku…Jika fitrah itu menjadi fitnah,maka jauhkanlah aku dari rasa itu,jika fitrah itu menjadi fitnah kepadanya, maka hilangkanlah dia dari hatiku,dan jika fitrah itu mula menjadi fitnah,maka ku memohon,kau tunjukkanlah aku kembali ke jalan Mu dgn fitrah itu,bukan dengan fitnah itu.
                Di tengah malam, aku mula mengharap peringatan darinya,namun akumula lupa tentang peringatan dariMu,yang harusku baca di sepertiga malam terakhirku.Disetiap hela nafasku,aku selalu mengharapkannya memberi kata  semangat kepadaku,namun aku mula lupa tarbiyyahMu yang akan member aku ketabahan mengharungi cubaan hidup.Disetiap saat aku mula tercuit dengan pemberiannya, namun aku juga mula terlupa dengan pemberian nikmatMu yang terlalu besar untuk dihitung hanya kerana pemberian sedikit dari hambaMu. Aku mula melatah apabila dia bertanya tentang kesihatanku,namun aku mula terlupa tentang Rabb yang telah member kesihatan kepadaku.Ya Allah, begitu besarnya penangan rasa fitrah itu,membuat aku menghampiri fitnah.Tuhanku,aku amat mendambakan cintanya, namun jika cintanya bukan untukku,peliharalah hatiku dari rasa sedih,dari rasa kecewa dan dari rasa putus asa.Bukan cinta namanya jika aku mencintainya bukan kerana cinta kepadaMu,bimbinglah aku Ya Rabb,tuhan sekalian alam.Jika rasa yang ku pendam selama ini,memakan diri ku sendiri,maka kau dindinglah hatiku, hanya untuk mencintaiMu ya Rahman Ya Rahim…Jika sayangku padanya akan melukakan diriku sendiri,kau ambillah aku Ya Allah,ambillah hatiku dalam keadaan mencintaiMu, bukan mencintainya…
                Wahai diri, fahamilah bahawa menyintai seseorang bukan bermakna akan memilikinya, merindui seseorang bukan bermaksud akan menemuinya,menyayangi seseorang tidak bermakna akan bersatu dengannya..berpeganglah wahai hati bahawa bukan mudah bertemu dengan insan yang  telah ditakdirkan untuk kita .Peliharalah hatimu untuk yang sebenar-benarnya miliknya. Mungkin dia bukan org yang pertama, mungkin juga bukan yang kedua atau yang ketiga. Kadangkala yang menyemai cinta bertahun lama,akhirnya kecundang tanpa sebab. Sedarlah hati,kelahiran kita,jodoh kita,hidup kita,mati kita telah ditentukan oleh tuhan yang Maha Esa di Luh Mahfuz. Segalanya yang  tersirat telah ditentukan olehNya…Maka berdoalah wahai hati  yang terbaik untuk kita kerana janji Allah lebih pasti dari segalanya. Bagi yang memahami rasa hati ini,ku hadiahkan seteguk sayang bersama surah Al-FATIHAH  yang penyayang,ku kirimkan sesuci kasih bersama surah AL-IKHLAS yang yang suci bersih..Istimewa buat temanku,semoga Rahmat Allah tetap bersamamu.

4 comments:

  1. NICE... teruskan penulisan ketuhanan ini =)

    ReplyDelete
  2. salam.. penulisan yang sangat indah.. tp kalau boleh buat dalam bentuk perenggan.. supaya lagi senang untuk dibaca.. ^_^

    ReplyDelete
  3. hikmah zakaria:tq..insyaallah..
    gadis melayu:waalaikumsalam...insyaallah akan memperbaiki penulisan ^_^

    ReplyDelete
  4. gud job sayang :)

    ReplyDelete

mekaceh komen comel =)