"Manusia itu mudah bersabar apabila dilanda ujian,
namum sukar mengucapkan kata syukur bila diberi rahmat"
Memang tidak dapat dinafikan lagi kenyataan ini,
bahkan si penulis belog ini juga sama..
khilaf
Sering manusia itu tertanya-tanya,
"mengapa aku diuji?"
"apakah dosaku sehingga Kau timpakan ujian yang tak mampu aku hadapi?"
"tidakkah Kau sayang kepadaku Ya Allah?"
jangan mempersoalkan setiap kejadianNya wahai diri..
Jangan meletakkan tanda soal apabila Dia sudah meletakkan tanda noktah.
tidakkah kau ingat wahai diri?
"Kerana sesudah kesulitan itu ada kemudahan,sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".(surah al-insyirah:5-6)
bagagian mana yang ingin kau katakan yang bahawanya Allah
tidak sayang kepadamu?
mungkin juga kau lupa dengan ayat ini?
"Allah tidak akan membebani seseorang melebihi kemampuannya"
Jika kau kata Allah itu jauh darimu,bagaimana pula dengan ayat ini?
"Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya".(Qaaf:16)
Duhai hati,jangan sesekali kau mempersoalkan
setiap kejadian itu.
sesungguhnya apa yang terjadi itu bersebab.
berdoalah,berdoalah dan berdoalah.
insyaallah akan diperkenankan doamu itu..
Jangan pernah penat wahai diri.
Yakinlah dirimu kuat kerna sesungguhnya Allah bersama dengamu
ape yang sakit.. hehe??
ReplyDelete