kengkawan

Thursday, July 5, 2012

Lailatul Qadar @ Lailatul Kamdar?

Assalamualaikum dan senyum-senyum semua.
alahai comelnya.
Joget joget ala k-PoP
*rasa mcm nak lempang je kan*

Seperti yang semua tahu,tak lama lagi kita nak sambut ramadhan kan?
*dan saya jugak bakal habiskan latihan industri saya ni..yeihhaaa*
Happy melampau ni..sila tampar untuk kesedaran diri

Macam tak caya kan,sekejap je masa berlalu.
Masa zaman dulu,dari ramadhan nak ke ramadhan seterusnya punya la lama nak tunggu
*Sebab nak tunggu cuti sekolah kan*

Tapi sekarang,seriously rasa masa sgt cepat berlalu..
Baru je Ramadhan,eyh tengok-tengok dah sampai ramadhan seterusnya
Umur pun makin meningkat,kedut-kedut pun mula kelihatan,
Jodoh tak sampai-sampai *eyh tetiba pulak pasal jodoh*

Untuk entry kali ni,kita buat pengisian sikit la yer..
Boleh?
Bereh bohhh

Pernah tak kita berfikir yang sebenarnya semakin kita masuk umur baru,
maka semakin pendek umur kita
*wah macam hipotesis la pulak kan*
Yer lah,makin meningkat umur,sepatutnya makin meningkat amalan,
bukan makin meningkat ke'enjoy'an kita.
harini dah 16 sya'ban,agak-agak sempat ke nak rasa ramadhan?
Tinggi lagi soalan,agak-agak sempat ke rasa Aidilfitri?
Dan paling menakutkan,sempat ke cari Lailatul qadar?

           “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al-Qadr, ayat 3)
Taknak ke kita beramal seakan seribu bulan?
Lama tu wooo..

*Gambar hanyalah sekadar ilham dari ayat dalam novel CONTENGAN JALANAN karya HLovate,click untuk terus membesar*

Ini tidak,orang lain sibuk kejar Lailatul qadar,
Kita pulak sibuk kejar Lailatul Kamdar 
Bukan kata salah kita bershopping,tapi apa salahnya kita utamakan yang utama.
Nak sangat shopping raya?
Haa,p borong sebelum ramadhan ke,awal ramadhan ke,toksah borong lama-lama eyh
nanti terbeliaq bijik mata hang duk kira duit nak keluaq bayaq baju.

"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (Surah al-Isra', ayat 27).

Dah nak akhir-akhir ramadhan,apa kata kita tingkatkan lagi amalan kita..

Cari jangan tak cari..

Sama-sama kita beringat,biarlah kita rasa mcm terpaksa,
sebab dengan terpaksa lah kita akan biasa.

Nak baca lebih lagi pasal Lailatul qadar?
jum pergi Sini


Oke setakat itu sahaja untuk entry kali ni,
Semoga memberi manfaat kepada semua.
Salam sya'ban dan 
Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan.

2 comments:

  1. Masyaallah..
    Cdikit tazkirah...
    Nikmatnya malam al-Qadr tu ye.. :)

    ReplyDelete
  2. Kita minta dan usaha pada Dia.

    Moga Allah kasih. :-)

    ReplyDelete

mekaceh komen comel =)