Assalamualaikum dan selamat hari raya untuk semua pembaca
blog dayah
*wah mcm ramai je kan pembaca nya.perasan skjp..mintak
tampar*
Dah lama rasanya tak update entry ni,kira 2 atau 3 minggu
dah,tak de idea la,pakat kenyang beraya
Nak letak gamba raya pun segan..hehe
Tetiba ada pulak idea nak update entry kali ni..
ewahh bukan main bergaya lagi.
*mungkin ni entry terakhir di rumah sblm mendaftar masuk
semula masuk Ump sbgai junior..wahahaha*
Saya terpikir nak update pun masa saya tengah mengerang
kesakitan *ayat nak bombastikk..kasi bom baru tau..huhu*
Mengerang kesakitan knpa tu??
suspen suspen *gaya abg atan dalam usop sontorian*
Takde lah,penyakit pempuan,malas nak cakap sbb mesti
semua paham,
Apa yang dayah nak tekankan kat sini bukan pasal
sakit,tapi kebahagiaan yang dayah dapat masa sakit..
Masa sakit pun boleh bahagia??
Kan allah ada kata “setiap kesusahan ada kesenangan”
Mungkin mcm tak kena dgn situasi dayah kan?bkn dayah
dalam kesusahan pun,tp bila dayah pikior semula,dayah anggap kesakitan dayah tu
1 kesusahan *moga allah mengampunkan dosa2 kecil yg penah dayah lakukan dengan
kesakitan ni*..
Apa yg buat dayah rasa susah??
saje space banyak2...hahahaha..
1) Dengan sakit ni,dayah mula nak pitam..sakit tu sakit amat
sampai nak jalan pun rasa kaki menggeletar..
2) Lepastu terpaksa jugak berjalan sebab nak
termuntah..ingatkan sekadar rasa,rupanya muntah betul2..*korang jangan rasa nak
muntah pulak baca entry ni..hahahahaha*..
maka keluarlah balik apa yg
dimakan,,kangkung ada,ayam ada,nasi pun ada..haha..pastu Tanya la kawan dayah
cara2 nak kurangkan sakit ni,dia kata tuam perut dengan kain panas,dayah pun
buat..oke la sket walaupun bergolek2 jugak kat katil..*kalau sape yang penah
alami,mesti tau macam mana rasanya kan kawan2 sang hawa?*
Tp sebab sakit tu kental jugak x mau hilang,dayah amik
keputusan makan panadol..makan panadol pun x lot jugak,tetiba rasa nak muntah
lagi,g la muntah walau jalan dah mcm org mabuk,muntah2 keluar lg nasi,ayam dan
kangkung dicampur perisa panadol seketul keluar.. *hahaha fail rasanya makan
ubat mcm ni*..
Last2 p ngadu kat abah kata sakit perut *masa ni mak
takde g melawat kawan dia*
Jeng jeng jeng..lepas mengadu kat abah ni la dayah rasa
kesenangan atau lebih khusus dayah katakan kebahagiaan..
Macam
mana tu??
abah tengah rehat2 sebab penat buat keje,dah tidur2 ayam dah
tu,bangun,pakai baju,start enjin moto,g cari minyak panas *kat rumah minyak
panas dah habis,nak bawak g klinik dayah sorang yang degil utk ke sana*,punya
lama tu tunggu abah,dayah dah gulik2 nangis sorang2 dah,pastu balik abaha bagi
minyak…dia suh sapu kat perut *xkan nak suh abah pulak kan?kecik2 dl mmg la
abah boleh buatkan semua time kita demam*
Pastu mak balik dr rumah kawan dia,duk cari dayah sebab
dayah lupa nak ttup pintu rumah,kucing masuk rumah..hehe..mahapkan sy
mak..pastu mak nampak dayah dah berselimut dah atas katil,Tanya kenapa,dayah
cakap la sakit perut..mak Tanya kenapa tak pasang kipas,dayah cakap la
sejuk..mak punya risau sbb mak ingat dayah kena demam malaria,duk suh g klinik
je..dayah cakap la bukan demam malaria,sakit perut je..setiap 5 minit mak mask
bilik tanye nak pasang kipas ke tak,nak g klinik ke x..warghhh sgt
terharu..ingatkan dah besar2 mak dengan abah dah tak kisah kalau anak dia
sakit,rupanya masih risau..Ya Allah,peliharalah ibu bapa ku..
Jadi Nampak tak kenapa dayah kata di balik kesusahan ada
kesenangan dengan situasi dayah??
ada kaitan kan??
ada kaitan kan??
kan??
kan??
Dari citer ni dayah dan mungkin pembaca semua dapat merasai
kasih ibu ayah takkan berpenghujung..
Jadi dimana kita letakkan mereka di hati kita??adakah
selepas bf/gf kita??
Siapa mereka di hati kita selepas Allah dan rasul???
Letakkanlah mereka ditempat ke 3 selepas kekasih pertama
kita Allah dan kekasih kita ke dua Muhammad s.a.w..bahagiakan mereka sebelum
bahagiakan orang lain..Insyaallah hidup berkat dunia akhirat..
jum amalkan
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah
bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari
tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak
soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
maaf.. tok bace pon... cantik blog.. keep it up ye saudari hidayah...
ReplyDeleteKaseh ayah ibu memang xberpenghujung .
ReplyDeleteTerharu baca entry nie :')