kengkawan

Tuesday, March 26, 2013

Wanita dan lelaki itu.

Bismillah..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang..
Lama dah rasanya saya tak jenguk langsung medan yg penah saya luahkan rasa,
medan yang pernah dilimpahi dgn warkah,
medan yg menjadi pengubat resah..
Atas alasan apa?
mungkin kerana lupa,
atau sengaja dibuat lupa?
Itulah sy,mudah melupakan sesuatu apabila dah dpt yg baru..
Allahurabbi..
pimpin hambaMu..

Alhamdulillah masih diberi ruang untuk mencurah rasa,menggambar cerita.
Moga dapat memperingati diri dan juga sahabat sejati..

Cerita bermula bilaman,lps balik dari kls applied statistic,
tiba2 hajar,roomate sy ajak p jalan2 kuantan,
aishh bagai ulam dicita,pucuk mendatang #ehh sesuka peribahasa je#
dengan gagah kami redah panas,berenang dlm kesesakan mahasiswa yg baru habis kelas.
Atlast sampai jgk dkt bus stop kk4.
ok pendekkan cerita dah naik rapid kuantan
#mohon rapid pasang cerita ke apa,bosan la duk ulang lagu tu ja#
on our way p kuantan tu,
naik pulak sekumpulan remaja harapan bangsa,
tunggak negara,
penentu hala tuju sebuah keluarga,
memimpin menuju ke syurga atau menerjah ke neraka.
Jujur,dr pengiraan sy dan hajar,umur mereka tak lbh dr form 5.
dgn gaya ala-ala mat rempit,
*tiada niat memperkecilkan si penunggang motor*
Cuma fitrah wanita, *mungkin juga ada segelintir yg x bersetuju*
kami tidak suka lelaki yg memakai rantai,
memakai gelang,
berseluar pendek di khalayak ramai,
dan merokok hembus sana sini fuh fuh sesuka hati.

*Ya Rabb,pimpin mereka,jadikan mereka anak soleh,pemimpin generasi penerus wasiat nabi*

Apa mereka buta @ sengaja membutakan mata dan mentulikan telinga?
tidakkah mereka nampak ada wanita dan warga tua di dalam bas tersebut?
tidakkah mereka sedar?
*dalam hati rasa nak bg penumbuk dgn penyepak je dkt sorg2*

Ok tu masih boleh bersabar..
im cool bro,kau jgn sengaja nak cari pasal ngan akak dik,
akak nampak je mcm nothing,
tp akak mampu menumbuk dan menendang dgn baik.
#ehhhh

...........
dan seterusnya bas berjalan dan terus berjalan,
eyh,naik pulak sekumpulan gadis2 comel giteww,
budak sklh jgk la tu,
tgk gaya pun tau dah..
ala-ala ainan ada,najewa ada,kelas kau dik,kalah akak..
*matang sblm usia,akak ok jer,bkn x matang,just enjoy my life sblm jd wife org kan?hekhekhek*

lelaki 1:eh apa lg?ayat laa...
lelaki 2:aku nak buat isteri..
lelaki 1:lah kau nak kawen bila?
lelaki 2:lmbt lg
lelaki 1:dah kalau lmbt lg xyah buat isteri,buat bini dl..
ramai2 geng dorg:hahahahaa

see??apa korg rasa kalau korg kat tmpt sy??
dlm hati dah istighfar banyak2,
tangan dah genggam penumbuk,
kalau tak dpt kawal rasa td,
ada jgk yg masuk suratkhabar kata sorg mahasiswi UMP menumbuk pelajar sklh.
*ada aku kisah? *

Nampak tak mcm mana golongan2 minoriti ni merendahkan wanita?
nampak tak macam mana maruah kita mcm dipijak-pijak?
nampak tak macam mana hilangnya hormat lelaki terhadap kita?
kita?wanita yg bakal menjadi isteri2 kpd suami,
kita yg bakal melahir generasi penerus keturunan mereka,
kita yg bakal menjadi rusuk kiri mereka..
Allahurabbi..

Yer,mungkin juga ni bukan hanya slh mereka..
tak mungkin sy mahu menegakkan benang yang basah..
apakah golongan kita tak bersalah??
apakah kita hanya mangsa keadaan?

TIDAK!!
TIDAK SAMA SEKALI.
knpa sy kata mcm tu??
adakah sy seolah-olah menuding jari ke hidung sendiri?
apakah sy seolah-olah menghukum si hawa?
tak..
tidak sama sekali..
sy kata sebab sy sayang..
sy cerita kerana sy kasih..
kasih,sayang,cintanya sy pada kaum sejenis sy sendiri..
terlalu mahal untuk kau pertontonkan dirimu..
terlalu rugi kau hiasi dirimu untuk tontonan mereka.

*alah dayah,kau pun bkn baik sgt,mcm la kau x pnh buat*
Syaitan berbisik menghasut di hati..
Ya!!
kerana sy pernah buat dan sy pernah rasa la sy nasihat.
Siapa kata sy tak pernah pakai seluar jeans?
siapa kata sy x pernah pakai baju ala-ala budak x cukup umur?
siapa kata?
sy ada semua tu,
jeans,baju x cukup labuh..
tapi tu cerita lama sy..
tu kisah jahiliah sy..
sy bukak aib sendiri?
tidak..
hanya sekadar utk pedoman..
nak think negative bout me?
up to u..
x effect pun hidup sy sbb sy tahu siapa sy..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wanita ku...
awak cantik..
sangat cantik..
mungkin awak,sy mahupun dia tak setaraf  cantiknya balqis,
tak sebaris tulusnya akhlak fatimah,
tak sehebat kuatnya masyitah dalam mempertahankan agama..

namun,
apakah kita tidak boleh sekurang-kurangnya menjadikan mereka idola kita?
mencuba mencontohi lantas menteladani mereka?
Apakah kita terlalu sombong dengan nikmatNYA?

Jangan begitu sayang,
nikmat Dia hanya sementara,
sekali diucapNYA "jadilah,maka jadilah ia"
apakah kita tidak takut?
tidakkah kita gentar?

Ayuh,
bangkit dari selesa,
sedar dari lena,
keluar dari mimpi dunia..
kau,aku,kita,hawa pengejar syurga..
mawar perindu kasih pencipta,
bidadari menangis meraih cintaNYA..

Sama-sama kita menjaga,
sama-sama kita sucikan jiwa,
sama-sama kita saling meminta,
agar DIA sentiasa redha...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ewah,sy buat puisi ke sajak ni?
tak kisah la apa pun,tp on the spot tanpa pikir panjang..
knpa sy ukir bait-bait kata ni?
sbb sy lihat ada wanita yg memakai apa yg sepatutnya hanya dipakai dirumah,
tapi dibawa berjalan..
ke hulur kehilir,
jalan seolah dunia kau yg punya..
apakah kau mahu mengatakan hak seksi hak kau?
#ehh gosip pulakkkkk#
Jangan salah sangka,bukan sy membenci,
bukan sy menghina,
cuma sy ingin berbicara,
kau terlalu berharga untuk dijaja..

Jadi,ingin dianggap mulia?
kita mula sama-sama..
kita istiqamah dalam rela,
kita buat yg Dia suka,
kita tinggal yang Dia murka,
Pasti Dia redha,
tentu ibu bapa gembira..

setuju?tak setuju?
hak masing-masing..
sy hanya menyampai..
mungkin rasa tanggungjawab tu masih ada,
kita sama-sama membela..
menjadi wanita syurga,bidadari dunia..








1 comment:

  1. SUBHANALLAH...entry yang amat menusuk jiwa :)

    ReplyDelete

mekaceh komen comel =)