kengkawan

Monday, November 18, 2013

Aku suka dia

"saya suka awak lah.
kalau saya nak jadikan awak suami saya awak terima tak?"
alamak malu nya.malu nya nak cakap

Itu lah norma hidup kita,
kita hanya berpegang dengan adat sahaja,
yang mengatakan hanya lelaki selayaknya melamar seorang wanita itu.

Tidak sedarkan kita,
antara Nabi junjungan kita dengan isterinya Siti Khadijah,
siapa yang melamar siapa terlebih dahulu?

so,kenapa masih terperangkap dengan adat lama.
adakah dengan melamar si adam menjadi 1 dosa?
atau kita mendapat pangkat si gadis yg lupa adat kita?
atau mungkin juga kau digelar gadis yang gila?

saya tak gila..saya tak gila..

Jadi apa pula pangkat untuk mereka yg bersama tanpa hubungan halal?
bagaikan dunia ini milik mereka,
till jannah katanya.
bukankah mereka yang patut lagi malu?
bukankah itu yg Dia larang?
kataNya
"Janganlah kamu mendekati zina"

Adakah hubungan yg hanya dimulakan dgn lamaran seorang wanita kpd seorang lelaki itu dosa?
sedangkan dia mahu hubungan yg Dia redha.
ke tak?
ilmu agama saya tak la setinggi mana,
tp kalau ikut logik akal sekalipun,
kita boleh pikir mana yg betulkan?
cuma fitrah manusia lbh suka nikmat yg sekejap,
tp dosa nya lama
*aku juga si pelaku dosa itu dulu*
Dari hubungan yg halal,
yg menyempurnakan separuh daripada agama.

Ahh,malu kita kadang tidak bertempat !!
buat dosa taktahu malu,
buat pahala,tersipu sipu malu.


Jadi si gadis,
kau mahukan dia?
kau yakin dia mampu membimbing dikau?
mampu menjaga engkau?
ya?
cuba..cuba..
gunakan pengantara,cuba kau risik
mungkin bila kekuatan kau ada,
kau sendiri yg meluahkan.
takut ditolak?
takpa,yakin dengan Dia.

Andai bukan jejaka tu jodoh kau,
mungkin orang lain yg lbh baik.
perancanganNya adalah terbaik.
malu ditolak hanya sekejap.

YA
KAU WANITA YANG TAHU APA YANG KAU MAHU!

p/s:saya pun rasa apa yg engkorang rasa.eh tengah kumpul kekuatan ni.haha.doakan yang terbaik untuk semua.


Saturday, June 22, 2013

kita dulu-dulu,budak-budak zaman sekarang

Assalamualaikum salam 1 malaysia kata ko..
Berbekalkan kekentalan dan yogurt marigold di mulut,
aku meng'update'kan blog ni..
ni kompom dah berbakul-bakul sampah kalau kemas blog ni..
1 sem tak update kata ko..

ini marigold gua beli dkt ina shop..satu2 nya kedai runcit yg bukak dkt ump

ok melalut dah dari tajuk..
alkisahnya idea ni muncul gara-gara duk rumah terlebih minum nescafe,
akibatnya x blh nak tido..
sian kan?
tak?
ok fine..

ok terus ke point yg aku nak senaraikan 
sape yg lahir tahun sekitar 1985-1992 dia akan rasa kot benda ni..
ke aku je?
haha pedulikkan..nak jgk buat point walau org lain x rasa

kita dulu
Permainan peberet mesti galah panjang,zero point,batu sarimban,
tuju kasut,lubang tikus,mandi sungai smpai berejam,rondes(ala ala besbol),
futsal(sampai kepalaku kena bola abg2 sepak,nangis gak la dkt padang tu kisahnya),
kalau pempuan pulak x sah kalau x main masak2,
main kawin2 tu kompom(nostalgia tu pakai bunga loceng kat telinga,ko hado?)
dan byk lg..nak senarai habis 1 page ni..hahaha

bebudak sekarang
permainan dorg??paling utama mesti laptop..
duk depan laptop,bkk fb twitter bagai..
pastu...
err apa lg aku nak senaraikan permainan dorang?
ni je yg aku nmpk dorg buat..

kita dulu
g main mesti lepas balik sekolah agama,
ala kalau kat tempat aku sekolah kafa dia pukul 2.30-5.30.
pastu baru blh g main..
sblm azan maghrib kompom kena balik,kalau x kena perambat.
mandi2 solat maghrib terus kena g mengaji dkt rumah tok guru ngaji
(kisahnya tok guru ngaji aku dl garang bak hang)

budak sekarang
dorg ok la balik sblm maghrib,
tp kisahnya dosambung pulak lps maghrib..
melepak dgn kengkawan katanya.
abis mengajinya??

kita dulu
kalau yg agak-agak dah upsr dah kena g sekolah,
abah hantar,
ada tusyen la kata kan.
(abah x dtg amik,nangis gak la nak balik tu,mujur ada yg tumpangkan)

bebudak sekarang
ramei dah gamaknya cikgu tusyen yg dtg rumah..
kalau x pun dorg dah blh bwk moto sdr g tusyen
x moh dah mak ayah hantar,
x macho katanya.
*aku lempang nak?*

kita dulu
kalau dkt sekolah rendah la gamaknya,
mulia sungguh lah,cikgu ckp apa pun angguk je.
kira nak cakap budak baik la..
xde nya nak melawan bagai

bebudak la ni
bukan kata melawan cikgu,
calarkan kereta cikgu tu celah gigi je..
apatah lg nak gaduh dgn kengkawan.
membuli bagai..
LAN TODAK katanya..
tu bkn Lan Todak..tu lan takdak otak..
macam macam hal

Kita memuda dulu
bukan kata nak bercinta,
nak berkawan dgn lelaki pun wa tarik kolar baju dia dl ala2 gangster
(dulu la gangster,skang ayu dah kot)
kwn pun gitu-gitu je la dik non oit..

budak-budak zaman sekarang
bukan kata abg angkat dah skang,
ni dah terangkat rangkat dah ni..
darjah 5 pun nak syg bagai dgn awek.
*woi baju pun mak belikan lg,ada hati nak syg bagai*

kita dolu-dolu
bila kena tegur time buat salah,
kita diam,tunduk,pikir apa yg betul apa yg slh.
pikir apa akibat kalau buat lg skali

budak sekarang
belum sempat mak nak angkat suara tegur,
dia dah melenting dulu..
(hey budak,apa ko ingat mak ko xde perasaan ke apa,
kalau aku tau,kecik2 aku dah pecit2 budak ni)

ehh penat pulak kita senaraikan..
ke engkorang x rasa apa yg aku rasa?
or engkorang ada benda lain yg engkorang rasa
bebudak sekarang perangai makin pelik and kuangajo?
ke tidak?
sebenarnya tak semua budak cenggitu,tp blh kata banyak la cenggitu.
tak sokong?tarak hal..
blog sy,kisah sy la nak update apa pun..
ke ada benda lain?boleh la kongsi..
cer citer cer citer :)
orite tu je,nite..lebiu kawan kawan

Tuesday, March 26, 2013

Wanita dan lelaki itu.

Bismillah..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang..
Lama dah rasanya saya tak jenguk langsung medan yg penah saya luahkan rasa,
medan yang pernah dilimpahi dgn warkah,
medan yg menjadi pengubat resah..
Atas alasan apa?
mungkin kerana lupa,
atau sengaja dibuat lupa?
Itulah sy,mudah melupakan sesuatu apabila dah dpt yg baru..
Allahurabbi..
pimpin hambaMu..

Alhamdulillah masih diberi ruang untuk mencurah rasa,menggambar cerita.
Moga dapat memperingati diri dan juga sahabat sejati..

Cerita bermula bilaman,lps balik dari kls applied statistic,
tiba2 hajar,roomate sy ajak p jalan2 kuantan,
aishh bagai ulam dicita,pucuk mendatang #ehh sesuka peribahasa je#
dengan gagah kami redah panas,berenang dlm kesesakan mahasiswa yg baru habis kelas.
Atlast sampai jgk dkt bus stop kk4.
ok pendekkan cerita dah naik rapid kuantan
#mohon rapid pasang cerita ke apa,bosan la duk ulang lagu tu ja#
on our way p kuantan tu,
naik pulak sekumpulan remaja harapan bangsa,
tunggak negara,
penentu hala tuju sebuah keluarga,
memimpin menuju ke syurga atau menerjah ke neraka.
Jujur,dr pengiraan sy dan hajar,umur mereka tak lbh dr form 5.
dgn gaya ala-ala mat rempit,
*tiada niat memperkecilkan si penunggang motor*
Cuma fitrah wanita, *mungkin juga ada segelintir yg x bersetuju*
kami tidak suka lelaki yg memakai rantai,
memakai gelang,
berseluar pendek di khalayak ramai,
dan merokok hembus sana sini fuh fuh sesuka hati.

*Ya Rabb,pimpin mereka,jadikan mereka anak soleh,pemimpin generasi penerus wasiat nabi*

Apa mereka buta @ sengaja membutakan mata dan mentulikan telinga?
tidakkah mereka nampak ada wanita dan warga tua di dalam bas tersebut?
tidakkah mereka sedar?
*dalam hati rasa nak bg penumbuk dgn penyepak je dkt sorg2*

Ok tu masih boleh bersabar..
im cool bro,kau jgn sengaja nak cari pasal ngan akak dik,
akak nampak je mcm nothing,
tp akak mampu menumbuk dan menendang dgn baik.
#ehhhh

...........
dan seterusnya bas berjalan dan terus berjalan,
eyh,naik pulak sekumpulan gadis2 comel giteww,
budak sklh jgk la tu,
tgk gaya pun tau dah..
ala-ala ainan ada,najewa ada,kelas kau dik,kalah akak..
*matang sblm usia,akak ok jer,bkn x matang,just enjoy my life sblm jd wife org kan?hekhekhek*

lelaki 1:eh apa lg?ayat laa...
lelaki 2:aku nak buat isteri..
lelaki 1:lah kau nak kawen bila?
lelaki 2:lmbt lg
lelaki 1:dah kalau lmbt lg xyah buat isteri,buat bini dl..
ramai2 geng dorg:hahahahaa

see??apa korg rasa kalau korg kat tmpt sy??
dlm hati dah istighfar banyak2,
tangan dah genggam penumbuk,
kalau tak dpt kawal rasa td,
ada jgk yg masuk suratkhabar kata sorg mahasiswi UMP menumbuk pelajar sklh.
*ada aku kisah? *

Nampak tak mcm mana golongan2 minoriti ni merendahkan wanita?
nampak tak macam mana maruah kita mcm dipijak-pijak?
nampak tak macam mana hilangnya hormat lelaki terhadap kita?
kita?wanita yg bakal menjadi isteri2 kpd suami,
kita yg bakal melahir generasi penerus keturunan mereka,
kita yg bakal menjadi rusuk kiri mereka..
Allahurabbi..

Yer,mungkin juga ni bukan hanya slh mereka..
tak mungkin sy mahu menegakkan benang yang basah..
apakah golongan kita tak bersalah??
apakah kita hanya mangsa keadaan?

TIDAK!!
TIDAK SAMA SEKALI.
knpa sy kata mcm tu??
adakah sy seolah-olah menuding jari ke hidung sendiri?
apakah sy seolah-olah menghukum si hawa?
tak..
tidak sama sekali..
sy kata sebab sy sayang..
sy cerita kerana sy kasih..
kasih,sayang,cintanya sy pada kaum sejenis sy sendiri..
terlalu mahal untuk kau pertontonkan dirimu..
terlalu rugi kau hiasi dirimu untuk tontonan mereka.

*alah dayah,kau pun bkn baik sgt,mcm la kau x pnh buat*
Syaitan berbisik menghasut di hati..
Ya!!
kerana sy pernah buat dan sy pernah rasa la sy nasihat.
Siapa kata sy tak pernah pakai seluar jeans?
siapa kata sy x pernah pakai baju ala-ala budak x cukup umur?
siapa kata?
sy ada semua tu,
jeans,baju x cukup labuh..
tapi tu cerita lama sy..
tu kisah jahiliah sy..
sy bukak aib sendiri?
tidak..
hanya sekadar utk pedoman..
nak think negative bout me?
up to u..
x effect pun hidup sy sbb sy tahu siapa sy..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wanita ku...
awak cantik..
sangat cantik..
mungkin awak,sy mahupun dia tak setaraf  cantiknya balqis,
tak sebaris tulusnya akhlak fatimah,
tak sehebat kuatnya masyitah dalam mempertahankan agama..

namun,
apakah kita tidak boleh sekurang-kurangnya menjadikan mereka idola kita?
mencuba mencontohi lantas menteladani mereka?
Apakah kita terlalu sombong dengan nikmatNYA?

Jangan begitu sayang,
nikmat Dia hanya sementara,
sekali diucapNYA "jadilah,maka jadilah ia"
apakah kita tidak takut?
tidakkah kita gentar?

Ayuh,
bangkit dari selesa,
sedar dari lena,
keluar dari mimpi dunia..
kau,aku,kita,hawa pengejar syurga..
mawar perindu kasih pencipta,
bidadari menangis meraih cintaNYA..

Sama-sama kita menjaga,
sama-sama kita sucikan jiwa,
sama-sama kita saling meminta,
agar DIA sentiasa redha...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ewah,sy buat puisi ke sajak ni?
tak kisah la apa pun,tp on the spot tanpa pikir panjang..
knpa sy ukir bait-bait kata ni?
sbb sy lihat ada wanita yg memakai apa yg sepatutnya hanya dipakai dirumah,
tapi dibawa berjalan..
ke hulur kehilir,
jalan seolah dunia kau yg punya..
apakah kau mahu mengatakan hak seksi hak kau?
#ehh gosip pulakkkkk#
Jangan salah sangka,bukan sy membenci,
bukan sy menghina,
cuma sy ingin berbicara,
kau terlalu berharga untuk dijaja..

Jadi,ingin dianggap mulia?
kita mula sama-sama..
kita istiqamah dalam rela,
kita buat yg Dia suka,
kita tinggal yang Dia murka,
Pasti Dia redha,
tentu ibu bapa gembira..

setuju?tak setuju?
hak masing-masing..
sy hanya menyampai..
mungkin rasa tanggungjawab tu masih ada,
kita sama-sama membela..
menjadi wanita syurga,bidadari dunia..








Sunday, December 16, 2012

Aku bukan lebih baik dari kamu

Assalamualaikum salam 1 ukhuwah.
Actually lama giler kan tak update blog?
ni bukan setakat bersawang dah ni,berdebu tak nampak gaya blog ni.
*tolong cuci kan bulih??huhu*

Nak mengadu ni boleh??
erm sy punya button keyboard titik tercabut
warghhhh
susah ok nak taip.haha

Sengal pulak rasanya,ok move to the main point of the post
*amboihh skiping omputeh gitewww*
AKU BUKAN LEBIH BAIK DARI KAMU,
BUKAN JUGA LEBIH BAIK DARI DIA,
ATAUPUN MEREKA..

Aku punya cerita hitam,
yang kadangkala membuat aku berfikir bodohnya aku ketika dulu.
Orang kata darah remaja,
semua benda mahu dicuba,
akhirnya diri sendiri merana.

Haaa suspen tak suspen tak?
ok sambung.
should i make a confession?
i think so,myb it can help you and my self to become a better muslimah in shaa ALLAH~


saya akui,dari sekolah rendah lagi saya seorang yang agak ganas,
kawan-kawan jugak kata saya tomboy
*tom tom bak ewaahhhh~tetiba takde kaitan,huhu*
benda ni berterusan ke sekolah menengah,
dan terus ke universiti time diploma until 2nd year student i think,
saya dengan cara sy sendiri,yer saya paham tuntutan agama,
mana mungkin seorang wanita itu layak meniru cara lelaki,
ok sy mula berubah sikit-sikit,
nak jadi pempuan gituuuwww 
*alah macam auww la pulak rasanya*
sy mula dressing,make up make up
*konon pempuan lah tu agaknya*

Indeed,sy penah pakai seluar jeans,baju yg macam budak-budak punya baju,huu haa sana sini
*Allahurabbi,teruk kan??*
Sampai 1 tahap sy kecewa dengan perasaan terhadap seseorang
...
After that,in 4th sem if i'm not mistake,
i try to become a better person,
slow but better right??apa orang kata?istiqomah..

sometime sy follow usrah.
kak dila,kak uyu,miss them~
and sy belajar untuk melupakan pakaian-pakaian jahiliah sy.
Tapi betulla orang kata
manusia ni mudah lupa kalau tak diberi peringatan,
sometime sy lalai,lupa apa yang Dia bagi,dan apa yang Dia tak bagi saya buat.

And of course,bila dah buat dosa baru kita nak menyesal kan?
And now,right know when i continue my study,
i try my best to become not only better person,but better muslimah olso
*mohon kesalahan grammar diabaikan,hahaha*
Dalam masa nak daftar degree,sy putuskan untuk tinggalkan semua baju-baju jahiliah sy..
sy putuskan untuk tinggalkan jeans-jeans sy..
kenapa?
sebab saya baik dari kamu?
sebab saya baik dari dia?
sebab saya baik dari mereka?
tidak!!
tidak sama sekali~
tapi kerana saya terlalu berdosa,
berdosa kerana tidak mengikut syariatNya.
Saya bermula dengan tidak memakai pakaian sebegitu,
seterusnya saya memilih untuk memakai seluar yang longgar bersama baju muslimah.
susah?
kadang-kadang susah kerana memikirkan apa yang sahabat handai akan katakan dengan perubahan diri.
apakah mereka terima atau mereka akan mengata?
Alhamdulillah,mereka terima.
sy bersyukur mempunyai sahabat yang sangat memahami dan menerima perubahan saya dengan baik
kemudian sy mula menjaga adab dalam berhijab.
saya bertudung labuh?
belum lagi..
sy mula memilih untuk tidak selempang tudung,kalau boleh tidak memakai tudung yang jarang,
yeah i like bawal,but apa salahnya kita pakai inner kat dalam?
tak nampak leher kan??
dan Alhamdulillah sy belajar istiqamah dalam perubahan.


kekadang sy berfikir,bilamana saya terlalu berharap si suami seperti nabi kita Mhammad s.a.w,sekacak yusuf,setabah Ali,
sy mula ragu-ragu,apakah sy layak mendapat sprti itu??
sedangkan mendapat seperti imam muda nazrul,sekacak asyraf muslim,segagah safee sali juga saya tidak layak atas dosa-dosa lampau.
Namun sy yakin,Allah penentu segalanya,pasti dia makbulkan doa hambanya.
In shaa ALLAH sy akan mencuba jadi yang terbaik untuk diri sy,keluarga saya,negara sy,dan pasti untuk agama sy.
Yang baik pasti dibalas yang TERBAIK olehNYA kan??
jangan minta sekali,jangan minta dua kali,tapi minta lah berkali kali
DIA MAHA PENDENGAR!

Lastly,i miss to drawing..hewww~

p/s:maaf kalau terlalu panjang,tercuri masa kalian pulak :)

Monday, September 10, 2012

macam mana nak bagi dia faham?

Assalamualaikum.
sebenarnya takde apa pun nak update,
cuma nak mintak pendapat,
macam mana nak bagi orang yang kita sayang,
yang kita cinta,
bahawa kita mintak putus bkn sbb kita tak sayang,
cuma terlebih sayang sampai kita taknak buat dosa dengan kita?
:'(
tipu kalau tak sayang,
tapi fikir balik,sebab sayang kita kena lepaskan.
jaga hati masing2 sebelum halal.
tolong saya.
dia terima perpisahan,tp mungkin jgk dia tak boleh terima lagi apa yang terjadi
dia remove sy dr friendlist fb dia.
hati mana tak sakit kan?
saya mohon kekuatan utk diri sy sendiri.
huwarghhhh
*lap airmata tiap kali ingat dia*

Saturday, September 8, 2012

Kisah Cinta Kita

Beep beep pesanan ringkas menerpa henset chokia ku..
Adam:Hai..boleh saya tanya sesuatu?adakah awak ikhlas dengan saya?

Tangan pantas menaip membalas pesanan

Cahaya: Maafkan saya,bukan saya tidak ikhlas.Cuma saya mula berfikir wujudkah cinta sebelum nikah

Sekali lagi henset pembelian sendiri berbunyi menandakan pesanan dibalas
Adam:Tapi dulu kan awak yang berkata tentang cinta?

Mula berfikir apakah yang patut ku katakan padanya
Cahaya:mungkin kerana dulu saya terlalu lalai.

..............
Adam:hmmm,baiklah.kalau begitu kita berhenti bercinta.
Cahaya:Saya mahu kita sama-sama menjaga hati,bila sampai masa,saat dan ketika,awak sudah bersedia,teruslah berjumpa ibu bapa.Insyaallah ada jodoh kita bersama.
Adam:Jangan berfikir tentang saya lagi.

...............
Jujur saja,hati mana yang tidak sedih,setelah lama menyulam kasih.Mata mana yang tak mengalirkan airnya,setelah hubungan yang dibina,akhirnya sampai ke penghujungnya. Akal mula bertanya, "betulkah keputusan yang aku lakukan dalam memutuskan perhubungan ini?". Maka mengalirlah airmata,wanitanya yang dulunya tabah,akhirnya rebah kerana cinta manusia.


Namun, CintaNya mula menyapa..Hati dulu yang sedih,mula ditarbiyah.. "..ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang". Bukan saya tidak sayang, bukan juga saya tidak cinta, jujur hati saya juga sakit atas perpisahan ini,namun bila saya mencari apakah erti cinta sejati,tiada saya temui love before akad.

Bukan saya mahu mengatakan saya ini baik,solehah dan sebagainya. Bukan juga saya mengatakan awak tidak layak untuk saya. Awak baik.terlalu baik untuk saya lukakan dan cemari dengan rasa cinta. Tapi,mungkin ini belum saatnya. Kita masih belajar,masih terlalu muda untuk mengejar cinta manusia. Mungkin masa ini adalah masa untuk kita bermuhasabah diri kita. Apakah mungkin kita melebihkan cinta manusia lebih dari cinta si Pencipta? Jujur saja saya akui,saat mula-mula saya mengenali awak,kita mula bercinta, ikhlas saya katakan hati saya lebih mengingati awak daripada Pencipta. Astaghfirullahhal azim.Jahilnya saya kan?kotornya cinta saya kan?

Terlalu banyak dosa yang dilakukan kerana cinta ini. Akan terhapuskah dosa ini? akan terampunkah saya?apakah saya yang membawa fitnah kepada awak? Saya sayang awak,jadi saya mahu bawa awak jauh dari neraka. Saya berharap awak  mengerti. "Mungkin awak tidak tahu saya sedang merindui awak. Tidak mengapa. Saya salurkan sahaja rindu itu dalam setiap doa. Moga sampai pada awak." 

Saya tahu saya banyak menyusahkan awak, saya selalu melukai perasaan awak. Mungkin kali ini Allah dah beri kita petunjuk yang cinta yang selama ini kita bina bukan cinta yang diredhai,diberkati. Satu yang saya pinta di tengah malam saya,moga diampunkan dosa yang telah saya lakukan terhadap awak.dan saya juga berdoa   "Ya Allah,jika dia jodohku,kau tetapkanlah hati kami dalam menuju  cintaMU,semoga dengan itu kami akan bertemu dalam redha kasihMU, tapi jika dia bukan jodohku,kau tabahkanlah hatiku dan hatinya,semoga dia bertemu insan yang selayaknya yang telah kau tetapkan, dan aku bertemu kasihku dalam sujudku". Titik jernih mula mengalir di pipi.

Siapa kata hidup itu mudah? hidup tidak semudah yang kita sangka. Namun,bukan dengan kepayahan itu kita perlu berputus asa. La tahzan, innallahama'ana. terapkan dalam diri,insyaallah kita lebih bahagia.

Awak,saya tidak cantik seperti siti fatimah azzahrah, dan saya tidak sempurna seperti Siti Khadijah,saya tidak setabah Mashitah,cinta saya juga tidak setulus cinta Rabiatul Adawiyah. Tapi saya ingin menjadi seperti mereka. Dosa-dosa lalu telah buat saya berfikir, apalah yang dikejar dengan dunia? Segala yang diimpikan insyaallah akan diperolehi,namun apakah turut mendapat redhaNya? Saya harap awak paham dan maafkan saya dengan apa yang telah saya lakukan. Sekali saya katakan,sama-sama kita jaga hati kita,Jika jodoh insyaallah akan bersama.

p/s: maaf,adakah entry kali ni panjang?hihi,maaf kalau mengambil masa yang lama untuk baca. Asif.. Cinta ini mungkin dirasai oleh setiap insan..dan mungkin cerita ini pernah terjadi pada sesiapa.atau juga terjadi pada saya :) tiada siapa tahu..Moga bermanfaat.


Monday, August 27, 2012

Biar jarak ini

Biar jarak ini menentukan segalanya,

biar jarak ini mendewasakan kita,

Biar jarak ini menjaga hati dan jiwa,

Biar jarak ini menjauhkan kita dari dosa dan noda,

Dan biar jarak ini lebih mendekatkan kita padaNYA.

Kerana,

Dengan jarak ini akan wujudnya setia,

Dengan jarak ini maka Dia lebih redha,

Dengan jarak ini cinta lebih mulia,

Dengan jarak ini kau dan aku lebih terjaga..

Andai kau sudah sedia dan sampai masanya,

Gagahkan kaki,hati dan jiwa,

bertandang kerumahku bersama orang tuamu,

berjumpa waliku memohon restu,

Andai jodohmu untukku,

pasti tidak ku tolak lamaranmu.

Dan saat itu,

Cinta menjadi satu,

Kasih bertemu rindu,

Engkau menjadi suamiku,

Aku sah menjadi isterimu.

tulusly untuk kamu bakal zauj ku.


Terpikir ayat ni masa nak tidur..huhu,moga bermanfaat