kengkawan

Saturday, September 8, 2012

Kisah Cinta Kita

Beep beep pesanan ringkas menerpa henset chokia ku..
Adam:Hai..boleh saya tanya sesuatu?adakah awak ikhlas dengan saya?

Tangan pantas menaip membalas pesanan

Cahaya: Maafkan saya,bukan saya tidak ikhlas.Cuma saya mula berfikir wujudkah cinta sebelum nikah

Sekali lagi henset pembelian sendiri berbunyi menandakan pesanan dibalas
Adam:Tapi dulu kan awak yang berkata tentang cinta?

Mula berfikir apakah yang patut ku katakan padanya
Cahaya:mungkin kerana dulu saya terlalu lalai.

..............
Adam:hmmm,baiklah.kalau begitu kita berhenti bercinta.
Cahaya:Saya mahu kita sama-sama menjaga hati,bila sampai masa,saat dan ketika,awak sudah bersedia,teruslah berjumpa ibu bapa.Insyaallah ada jodoh kita bersama.
Adam:Jangan berfikir tentang saya lagi.

...............
Jujur saja,hati mana yang tidak sedih,setelah lama menyulam kasih.Mata mana yang tak mengalirkan airnya,setelah hubungan yang dibina,akhirnya sampai ke penghujungnya. Akal mula bertanya, "betulkah keputusan yang aku lakukan dalam memutuskan perhubungan ini?". Maka mengalirlah airmata,wanitanya yang dulunya tabah,akhirnya rebah kerana cinta manusia.


Namun, CintaNya mula menyapa..Hati dulu yang sedih,mula ditarbiyah.. "..ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang". Bukan saya tidak sayang, bukan juga saya tidak cinta, jujur hati saya juga sakit atas perpisahan ini,namun bila saya mencari apakah erti cinta sejati,tiada saya temui love before akad.

Bukan saya mahu mengatakan saya ini baik,solehah dan sebagainya. Bukan juga saya mengatakan awak tidak layak untuk saya. Awak baik.terlalu baik untuk saya lukakan dan cemari dengan rasa cinta. Tapi,mungkin ini belum saatnya. Kita masih belajar,masih terlalu muda untuk mengejar cinta manusia. Mungkin masa ini adalah masa untuk kita bermuhasabah diri kita. Apakah mungkin kita melebihkan cinta manusia lebih dari cinta si Pencipta? Jujur saja saya akui,saat mula-mula saya mengenali awak,kita mula bercinta, ikhlas saya katakan hati saya lebih mengingati awak daripada Pencipta. Astaghfirullahhal azim.Jahilnya saya kan?kotornya cinta saya kan?

Terlalu banyak dosa yang dilakukan kerana cinta ini. Akan terhapuskah dosa ini? akan terampunkah saya?apakah saya yang membawa fitnah kepada awak? Saya sayang awak,jadi saya mahu bawa awak jauh dari neraka. Saya berharap awak  mengerti. "Mungkin awak tidak tahu saya sedang merindui awak. Tidak mengapa. Saya salurkan sahaja rindu itu dalam setiap doa. Moga sampai pada awak." 

Saya tahu saya banyak menyusahkan awak, saya selalu melukai perasaan awak. Mungkin kali ini Allah dah beri kita petunjuk yang cinta yang selama ini kita bina bukan cinta yang diredhai,diberkati. Satu yang saya pinta di tengah malam saya,moga diampunkan dosa yang telah saya lakukan terhadap awak.dan saya juga berdoa   "Ya Allah,jika dia jodohku,kau tetapkanlah hati kami dalam menuju  cintaMU,semoga dengan itu kami akan bertemu dalam redha kasihMU, tapi jika dia bukan jodohku,kau tabahkanlah hatiku dan hatinya,semoga dia bertemu insan yang selayaknya yang telah kau tetapkan, dan aku bertemu kasihku dalam sujudku". Titik jernih mula mengalir di pipi.

Siapa kata hidup itu mudah? hidup tidak semudah yang kita sangka. Namun,bukan dengan kepayahan itu kita perlu berputus asa. La tahzan, innallahama'ana. terapkan dalam diri,insyaallah kita lebih bahagia.

Awak,saya tidak cantik seperti siti fatimah azzahrah, dan saya tidak sempurna seperti Siti Khadijah,saya tidak setabah Mashitah,cinta saya juga tidak setulus cinta Rabiatul Adawiyah. Tapi saya ingin menjadi seperti mereka. Dosa-dosa lalu telah buat saya berfikir, apalah yang dikejar dengan dunia? Segala yang diimpikan insyaallah akan diperolehi,namun apakah turut mendapat redhaNya? Saya harap awak paham dan maafkan saya dengan apa yang telah saya lakukan. Sekali saya katakan,sama-sama kita jaga hati kita,Jika jodoh insyaallah akan bersama.

p/s: maaf,adakah entry kali ni panjang?hihi,maaf kalau mengambil masa yang lama untuk baca. Asif.. Cinta ini mungkin dirasai oleh setiap insan..dan mungkin cerita ini pernah terjadi pada sesiapa.atau juga terjadi pada saya :) tiada siapa tahu..Moga bermanfaat.


No comments:

Post a Comment

mekaceh komen comel =)