kengkawan

Saturday, October 22, 2011

::. Dying To Live .::

Assalamualaikum semua rakyat2 sekalian =) ceceh.

sebenarnya malas sesangat nak update entry,tapi sebab terjumpa 1 video yang dihasilkan oleh UNIC,tetiba hati rasa terpanggil untuk buat entry baru(cewahhh..berbunga-bunga bahasa saya).Okey lah,kita tengok dulu video tu eyh..jum..jum..jum..



Sebenarnya,saya tersentuh lepas tengok video ni..kalau nak dibandingkan saya dengan anak-anak kecil bumi palestine,jauh sangat bezanya..Bila ditimpa musibah,mudah sangat saya menangis,sedangkan musibah tu tak setanding pun dengan luka-luka yang dirasai anak-anak kecil palestine..lemahnya saya! Bila saya kehilangan  barang-barang yang saya sayang,mudah saya melatah,tapi sebenarnya rasa saya tak setanding dengan kehilangan yang dirasai rakyat-rakyat palestine terhadap insan-insan yang mereka sayang kerana dibunuh penceroboh tanah palestine..ouh lemahnya saya!


Bila janji manusia tidak ditepati,saya mula hilang percaya,tapi sebenarnya rasa kepercayaan saya tak setanding dengan kepercayaan dengan rakyat palestine terhadap janji Allah..lemahnya saya!

Semangat berkobar-kobar untuk memperjuangkan palestine bilamana dunia digemparkan dengan kerakusan penceroboh tanah palestine yang membunuh rakyat-rakyat palestine..itu lah saya..namun,bila berita mula reda,akhbar-akhbar mula bertukar dari cerita bumi palestine ke arah politik dunia,rancangan television mula lupa mengingatkan tentang penderitaan rakyat palestine,saya mula lupa..itu lah kita..itu lah manusia..hanya bersemangat bila terjadi sesuatu..ouh lemahnya saya!

semoga kau kuat wahai anak kecil..terus mengejar syahid..insyaallah syurga tempatmu.

Cukuplah sekadar ini saja entry saya kali ni..cukup itu mengingatkan diri saya dan juga kamu,dia,serta mereka..sama-sama kita doakan untuk kebebasan tanah palestine kerana tdisitu bukan tanah israel dan tidak akan pernah menjadi tanah israel!!itu adalah tanah palestine dan tetap akan jadi tanah palestine...Insyaallah tomorrow palestine will be free..Allahuakbar!!



1 comment:

mekaceh komen comel =)