kengkawan

Thursday, October 20, 2011

::. semerah gincu dibibir .::

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua..ceceh macam skema pulak kan?yeah..bertepatan dengan tajuk entry saya kali ni "semerah gincu di bibir" 
yeay..ini lah dia semerah gincu dibibir..ceramah ni dibuat dekat UMP pekan...**jauh nak g dari gambang ke pekan =..='''' **entry kali ni nak cerita intipati dari apa yg saya dapat from thid forum *i think..hehe*

nampak sape kat gambar tu??kenal tak?mesti la kenal kan?huhu..
oke..panel bagi ceramah ni adalah..jeng jeng jeng..

panel 1)Ustazah Safiyyah dari Kolej Islam Sultan Haji Ahmad Shah(KIPSAS)
panel 2)Catriona Ross-selebriti

*****************************************************************

"Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah." (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Ustazah safiyyah memulakan bicara dengan membaca hadith tersebut..Beliau turut mengatakan wanita solehah adalah wanita yang cemerlang..dan antara ciri-ciri yang patut ada ialah:

1)beriman->turut bercerita tentang kisah maryam.
2)berakhlak mulia->menahan mata dan memelihara kemaluan
                 ->Menundukkan pandangan
                    kelebihan -Membahagiakan hati
                              -Lebih dekat dengan Allah
                              -Membebaskan hati dari tawanan      
                               syahwat.
                              -Membenteng dari syaitan.
                              -Mencerdaskan akal
                              -Membantu menuntut ilmu.


cik moderator:Fitrah manusia suka kepada keindahan.pada pandangan cik catriona Ross,bagaimana perspektif cantik dan kesannya?

*****************************************************************

"sebenarnya bukan mata mereka yang buta,tapi hati yang di dalamnya yang buta"


cik puan kita yang comel ni cerita tentang zaman-zaman sebelum beliau bertudung(mungkin ke x boleh sy cerita di sini takut nanti mengganggu sensitiviti individu?hehe..xpe lah..xyah citer lah kan,,ke bukan?)
cik comel kita ni jugak cakap dia selalu berpegang dengan kata-kata nih -->
"tidak usah mencari redha manusia tapi carilah redha Ilahi.Tidak mengapa kita tidak cantik di mata manusia,tapi kita dapat tidur lena dalam redha dari Allah"
Sabda Rasulullah saw: “Ketahuilah bahwa pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati” (Shahih Bukhari)

*****************************************************************

moderator:Panduan islam dan keindahan yang dipamerkan adalah keindahan yang diredhai oleh Islam.

ustazah safiyyah-->

Nabi shalallahu ‘alayhi wasallam bersabda:
“Tidaklah aku tinggalkan setelahku suatu fitnah yang lebih berbahaya bagi laki laki (melainkan fitnah yang datang dari) wanita.” Dikeluarkan oleh Bukhari (9/5096); Muslim (4/2097), Ibnu Majah (3998) dan At-Tirmidzi (2780) dan dia berkata: “Hadits Hasan Shahih”

-berhias lah sekadarnya(untuk tontonan suami dan keluarga)

||Penjagaan aurat||  

1)Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan
2)Tidak nipis sehingga menampakkan bayang-bayang
3)Tidak sempit dan ketat
4)Tidak menyerupai pakaian lelaki
5)Tidak menyerupai pakaian orang kafir
6)Tidak menjolok mata
7)Tidak memukul kaki agar diketahui perhiasannya

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman. (Surah adh-Dhariyat: 55)


*****************************************************************

moderator:tahu,tetapi tidak mahu melakukan perubahan kearah kebaikan,bagaimana cara mahu mengelakkan sikap ini?mungkin ada pendorong?

Cik puan omey2 catriona Ross menceritakan kisah beliau....

  • 2007-Musibah kemalangan berlaku pada dia dan dia mengalami patah kedua-dua belah kakinya dan keretakan tulang rusuk.
  • Pakar bedah mengatakan yang dia tidak mampu untuk berjalan lagi dan apabila berkahwin,dia tidak mampu untuk mengandung.
  • "sekiranya manusia tidak mampu menyebut nama Allah dalam keadaan rela,dia akan menyebut juga dalam keadaan terpaksa"
  • Setelah doktor keluar dari bilik,dia berkata"doktor bukan tuhan".
  • Beliau mula berdoa kepada tuhan agar diberi kesembuhan seperti sediakala.
  • Doa beliau dimakbulkan dan dia mampu berlari dalam masa 8 bulan.
  • terbaca ayat"Pertanggung jawaban manusia sebagai makhluk Tuhan sesungguhnya tidak saja baru dimulai ketika kita dilahirkan dari Rahim ibu, tetapi jauh sebelum itu, yaitu ketika ruh-ruh manusia (Bani Adam) di baiat oleh Allah untuk dipersaksikan terhadap keberadaan Allah sebagai Sang Kholik. “ Bukankah Aku Tuhan kamu sekalian?” Semua arwah manusia menjawab “yaa…! Kami bersaksi.” (QS. 7:72). Sejak "Janji Tauhid" inilah segala prilaku terhadap naik dan turunnya kadar ketauhidan manusia selalu dimonitoring. Bahkan kemudian Allah menguji kadar ketauhidan tersebut dengan menyatukan ruh-ruh manusia ke dalam sebuah jasad."
  • Setelah itu beliau bernikah,syukur Alhamdulillah sekali lagi Allah memakbulkan doanya dan dia mengandung.Setelah itu dia berfikir dan mengingati janjinya iaitu dia ingin membuktikan sesuatu.
  • bulan 10 tahun 2009-Menemani kawannya membeli tudung sambil membawa anaknya.Sementara menunggu,dia terlihat 1 patung yang memakai tudung,dan dia lihat sgt cantik,lantas cik omey2 mencuba memakai tudung tersebut dan melihatnya dicermin.Saat melihat wajahnya dicermin,hati terasa sebak,tangan mula menggeletar,satu perasaan yang sukar digambarkan.
  • Pulang kerumah dan mula mencari tudung yang sempurna tapi tiada,hanya ada selendang dan dia berkata dalam hati yang selendang itu masih tidak menepati kehendak syarak.
  • Keesokannya dia menelefon kawannya mengatakan dia mahu bertudung,kawannya memohon kepastian.
  • Bersiap selama 4 jam dengan memakai seluar yg paling longgar yang dia ada,baju blaus yang labuh,cuba keluar rumah tapi lututnya sakit seolah-olah tidak membenarkannya keluar rumah sebegitu (iaitu tidak menutup kepala),lantas menelefon kawannya.
  • Setelah kawannya sampai dia berusaha keluar rumah sambil menutup kepalanya dengan tangan (terasa diri seolah-olah telanjang..petunjuk ALLAH telah sampai,tiba masanya untuk dia sempurna menjadi muslimah sejati)
  • Akhirnya dia membeli tudung dan tanggal 16 julai 2009 beliau terus memakai tudung sehingga sekarang.
Apa yang kita tahu,hati kita ini sentiasa berbolak balik dan dia sering berdoa
"Ya Allah jangan kau pesongkan hati kami,setelah engkau beri petunjuk kepada kami"

*****************************************************************

penutup ucapan dari ustazah safiyyah

 peringatan dari Allah "Akan dicampakkan ke dalam neraka jahanam dari golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memrhati,mempunyai mata tidak melihat,mempunyai telinga tidak mendengar.Mereka itu adalah binatang malah lebih hina dari binatang kerana mereka termasuk di dalam golongan yang lalai"




Begitulah antara intipati yang saya perolehi dari mendengar ceramah "semerah gincu dibibir"

last but not least,sama-samalah kita berusaha menjadi wanita solehah dan sling lah kita sama-sama mengingati..insyaallah


No comments:

Post a Comment

mekaceh komen comel =)