kengkawan

Wednesday, May 2, 2012

Dugaan hidup itu pasti untuk setiap insan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua(anggap je lah orang baca time pagi)
mood entry kali ni nak sedih-sedih,layan-layan sket boleh tak?
boleh la erk??(buat muka excited..hehe)

Al kisah...

Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

dikuatkan lagi dengan hadis yang berbunyi

“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Nak diringkaskan cerita dan dipermudahkan dari berbelit-belit,
sy tak kata saya tertekan dengan ujian Allah bila aib sy dibuka,
dan sy juga tak kata sy cukup tenang dan tabah untuk hadapi ujian tu..kan?selagi kita tak tempuh,mana kita tau kita kuat ke idak kan?

Jadi,bila ada orang yang bukak aib sy,orang tu sebenarnya dah buat sy pikir kat mana khilaf sy.
mana kurangnya sy?
mana  dosa sy?
mana silap sy smpai diberi ujian?
yer,Allah takkan uji hamba dia kalau hamba tu tak mampu nak hadapi.
ALLAH TAHU APA YANG DIA BUAT.

Bila orang tanya sy balik..
tak  rasa pape ke bila orang dah burukkan nama?
jawapan sy
mula-mula tu memang tertekan,sape x nafikan,maruah umpama orang buat main-main,
tapi bila pikir balik,buat apa nak tertekan,kalau tertekan umpama sy tak redha dgn ujian Allah..
kan????
bila kita tak redha,umpama kita ni tak reti bersyukur dengan nikmat-nikmat yang sepenuhnya Allah bagi walau kita tak minta,di uji sikit mula melatah..sedangkan ujian Dia terlalu kecil kalau dibandingkan dengan nikmat yang Dia dah bagi.
bukan ke ujian itu tarbiyah wahai hidayah??jadi,bersangka baiklah dengan ujian Allah..jangan mengeluh.

Tapi,kan tu maruah anda hidayah??
Yer,memang maruah sy,untuk takut kehilangan kawan,yer mmg sy takut kehilangan kawan bila aib sy dibuka,
tapi,sy yakin dengan kawan-kawan sy,sebab diorang sebenarnya lebih tau diri sy macam mana,
sifat sy mcm mana,
dan sy yakin kalau kawan sy kenal sy,diorang tak kan tinggalkan sy dengan mudah,
sebab diorang syg sy,dan sy jugak syg kawan sy..

HIKMAH DISEBALIK UJIAN?
mungkin kita takkan nampak hikmahnya sekarang,tp janji Allah itu pasti.
sesiapa yang membuka aib orang,maka Allah akan membuka aibnya,dan begitu lah sebaliknya.

Jadi, tak perlu bersedih dengan manusia-manusia yang menyusahkan diri kita,
tapi sedihlah bila Allah dah tak hiraukan kita..

"Hidayah itu milik Allah"
Tingkatkan amal,Allah penentu segalanya.
Terima kasih sebab membaca..
semoga berjumpa lagi



2 comments:

  1. still xtaw cana buat icon gerak2 tuh.. ajar skit..........

    ReplyDelete
  2. bersamamu, walaupun kemana jua :)

    ReplyDelete

mekaceh komen comel =)