kengkawan

Wednesday, July 25, 2012

Mudahnya wanita untuk masuk ke syurga

Assalamualaikum dan salam Ramadan semua pembaca.
Aik,entry ni macam khusus untuk para wanita je kan?
tak pe lah,lain kali untuk lelaki pulak.
Hehehehe..

Ketik untuk membesar dengan gembira

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Pikior,pikior dan terus berpikior..
Aishh,senang kan kita (saya dan yg seangkatan dengan saya),
Nak masuk syurga bukan susah pun,
tu haaa, 4 jer syaratnya.
Nak kata banyak,tak jugak,
cukupla sebelah tangan..
Tak rasa mcm nak rebut ke peluang tu?
tapi...
tapi...
tapi...

Hyep!!!
Kaum wanita jugak banyak ke neraka..
nak Tau sebab apa?
sebab apa erk?
erk?

Banyak mengutuk dan mengingkari suami!!

Percaya tak?
haaaa,tak percaya??
meh nak habaq mai sat..

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama

Hermm,so jum apa kata kita sama-sama pikir,
sama-sama muhasabah diri kita,
hitung,
tolak,
tambah,
bahagi,
darab,
Kita nak jadi golongan yang mana??

Dah putuskan??
Alhamdulillah,
Kiat yang menentukan ke mana arah tuju kita di dunia dan akhirat..
Moga sedikit sebanyak dapat membantu walau penulisan sy kurang matang.
Renung-renungkan dan selamat beramal.






1 comment:

  1. huhu...masih byk lg yg gebot perlu perbaiki.same2 laa kite yeee.thankyou 4 reminding this :)

    ReplyDelete

mekaceh komen comel =)